Panthéon, Paris
Panthéon, Paris

Panthéon, Paris

Panthéon (Perancis: [pɑ̃.te.ɔ̃]  ( dengar) turunan kata Bahasa Latin: Pantheum serapan Bahasa Yunani Purba Bahasa Yunani Kuno: πάνθειον, pántheion, 'kuil/tempat dewa-dewi')[1] adalah bangunan permakaman terletak di tengah Place du Panthéon dalam Kawasan Latin Daerah ke-5 di Paris, Perancis.Bangunan ini asalnya hendak dijadikan sebuah gereja dibina antara tahun 1758 hingga 1790 direka Jacques-Germain Soufflot atas titah perintah Raja Louis XV yang mahukan ia ditahbiskan untuk Genoveva iaitu santa penaung ibukota tersebut. Baginda tidak sempat melihat bangunan ini siap apabila mangkat tahun 1774, malah Revolusi Perancis baru sahaja bermula menggulingkan pemerintahan anakandanya sebaik ia siap. Majlis Lembaga Negara Perancis sebulat suara mengundi pada tahun 1791 agar bangunan gereja ini ditukarkan kepada suatu permakaman mengabadikan warga-warga negara republik Perancis baharu yang tersohor diilhamkan Pantheum di Roma, Itali yang diperlakukan demikian sejak abad ke-16. Sebanyak 81 orang yakni 75 lelaki dan 6 perempuan telah dimakamkan dalam Panthéon setakat Disember 2021.[2]